Bina Downline TrafficWave Team Anda Dengan Team Atlantis

Selamat datang ke blog yang ditulis khas buat mereka yang berminat untuk membina perniagaan TrafficWave bersama dengan Team Atlantis. Istimewanya tentang team ini adalah kerana kami bekerja secara berkumpulan, untuk faedah semua ahli. Jika anda berminat untuk bekerja dari rumah dan membuat wang di internet maka .. ya! Anda telah singgah ke tempat yang betul . Hari ini terdapat ribuan laman di internet yang mendakwa boleh membuat anda kaya dalam masa beberapa hari . Malangnya, ia bukan semudah yang dikata.

Saya telah belajar melalui berbagai percubaan dan kesilapan dan telah menemui satu peluang di luar sana yang sah/legit, yang akan akan menjadi sumber gaji kedua anda dan yang benar-benar akan membayar wang kepada anda.

Saya menjemput anda menyertai team kami dan jadikan tahun 2014 ini tahun yang paling bermakna  bagi anda. Team ini ada sistem untuk bantu ahli dapatkan downline berbayar, sesuai untuk mereka yang tak pandai menaja! Pada masa ini di tahun depan, anda telahpun mempunyai downline yang ramai, dan pendapatan tambahan setiap bulan yang hebat.

Satu perkara penting yang anda perlu fahami ialah kejayaan ini tidak berlaku dalam satu malam. Kesabaran adalah diperlukan dengan semua pemasaran internet. Program ini terbukti mendatangkan hasil kepada saya dan sepatutnya ia juga berhasil untuk anda!

Siapakah Team Atlantis?

Team Atlantis adalah sekumpulan pemasar internet bekerja bersama-sama untuk membina downline autoresponder TrafficWave mereka. Pada tahun 2009, Didi Wargo, ketua Team Atlantis telah memulakan team ini dengan hanya beberapa orang ahli. Sejak itu, dia telah membuktikan dirinya dalam dunia pemasaran internet dengan menjadi konsisten dan mampu memberikan hasil kepada ahli team Atlantis.

Beliau bukan sahaja seorang pemimpin pasukan tetapi seorang mentor, guru dan motivator yang hebat . Saya beri jaminan yang anda boleh mempercayai Didi .. dia jujur. Beliau tidak menggunakan kita, ahli-ahli Team Atlantis, untuk mendapat manfaat dirinya. Dia bekerja untuk faedah ahli-ahli pasukan .

Apakah Yang Dipromosikan Oleh Team Atlantis Ini?

Team ini mempromosikan autoresponder TrafficWave, sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan autoresponder profesional yang dipercayai. Autoresponder ialah satu alat bantuan pemasaran yang penting, setiap perniagaan mesti mempunyai autoresponder untuk berjaya secara online. Jika nak tahu lebih lanjut, boleh baca di sini: Apa itu Autoresponder?

TrafficWave juga menyediakan salah satu pelan komisyen rangkaian affiliate yang paling lumayan dan paling cepat berkembang di Internet. Perkhidmatan autoresponder yang lain seperti Aweber dan Getresponse juga menyediakan perkhidmatan yang baik tetapi terlalu mahal apabila senarai subscriber bertambah.

Klik SINI untuk melihat PELAN KOMISYEN affiliate Trafficwave.

Bagaimana Team Atlantis Bekerja?

Di Team Atlantis, ahli yang baru akan dimasukkan ke dalam Straight Line Rotator (senarai menunggu 1) untuk dapat 3 downline berbayar. Giliran didalam senarai ini ditentukan oleh tarikh ahli menyertai pasukan. Apabila seseorang ahli telahpun menerima 3 orang rujukan berbayar, ahli tersebut akan dimasukkan pula ke Rotator 2 untuk menerima tambahan 2 lagi rujukan.

Apabila ahli telah mempunyai tiga downline berbayar, maka ahli tersebut boleh menggunakan autoresponder TrafficWave sampai bila-bila secara percuma.  Kos langganan autoresponder bulanan mereka kini dibayar dengan pendapatan affiliate mereka. Atas sebab inilah setiap ahli Team Atlantis terus kekal dalam team ini.

Baca Pengalaman Saya dengan Team Atlantis Di Sini

Kenapa Anda Patut Sertai Pasukan Atlantis

1) Ini adalah satu-satunya cara untuk mengembangkan downline autoresponder Trafficwave anda. Bekerja bersama-sama sebagai satu pasukan, kita dapat mengembangkan network kita lebih cepat dan cekap berbanding jika kita cuba untuk melakukannya secara sendirian . Saya telah cuba untuk bina downline sendiri, dan jujur saya katakan: ia bukan satu tugas yang mudah . Saya juga telah menyertai team lain tapi tak sama dengan Team Atlantis. Mengekalkan downline yang nak guna perkhidmatan autoresponder taklah susah, tapi nak cari downline yang sama-sama berusaha untuk bina network adalah satu cabaran yang jauh lebih sukar.

2) Menyertai team Atlantis ini  adalah percuma.. Setiap minggu Didi akan hantar pengumuman/broadcast mengenai siapa yang  akan menerima 3 downline, siapa yang telah graduate/keluar dari Straight Line Rotator dan graduate ke Rotator 2.  Beliau juga akan hantar berita hadiah mingguan , di mana ahli boleh memilih hadiah percuma yang berharga, yang didermakan oleh ahli-ahli lain dalam team.

3) Sebagai ahli pasukan, anda diwajibkan untuk mempromosikan iklan pasukan (team ad) tetapi anda mempunyai pilihan untuk mempromosikan ‘personal page’ anda sendiri. Didi Wargo akan buatkan laman web penjenamaan peribadi untuk prospek-prospek menerima maklumat berkenaan team ini.

Apa yang Anda Perlu Lakukan Sebagai Ahli Pasukan

Sebagai ahli pasukan, anda diperlukan untuk mempromosikan iklan pasukan. Kebiasaannya iklan pasukan (team ad) dipromosikan menggunakan traffic exchange (pertukaran lalu lintas..:-). Bila dah join nanti saya akan tunjukkan.

Didi Wargo akan memberikan link iklan pasukan yang khusus untuk anda promosi di traffic exchange, safelist atau sebarang cara pemasaran yang boleh digunakan. Jumlah hits yang diperlukan ialah 1000 hits seminggu untuk iklan pasukan. Ia boleh dicapai dengan mudah dengan melayari Traffic Exchanges hanya satu jam sehari. 

Anda berada di landasan yang betul untuk membina downline yang besar dengan team Atlantis.  Suka saya ingatkan sekali lagi bahawa program ini TIDAK akan menjadikan anda kaya, dalam sekelip mata.  Yang pastinya anda akan terpesona dengan sistem di Team Atlantis dan mungkin tertanya-tanya mengapa tiada siapa pernah terfikir cara  ini sebelum ini. Saya pasti bahawa anda akan membuat keputusan yang bijak dengan menyertai kami hari ini!

 BAGAIMANA CARA UNTUK BERMULA? Klik Sini!